From: Kusmayanto Kadiman
Date: Fri, 30 Jun 2006 10:27:50 +0700
Subject: Intermezo- Khusus untuk lelaki(turunan) Arab]
Ini dari milis alumni_TF
Jusuf Kalla sokong nikah cara mut'ah
JAKARTA: Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla berpendapat tidak salah
bagi lelaki Arab membayar wanita tempatan untuk berkahwin sekalipun
mereka bertindak menceraikan isteri beberapa hari atau jam kemudiannya.
Malah, beliau membayangkan bahawa perbuatan seperti itu dapat
meningkatkan pelancongan di Indonesia, meskipun pengkritik menganggap ia
sebagai menghalalkan pelacuran di negara yang didiami paling ramai
penduduk Islam dunia itu.
Jusuf membuat kenyataan mengejutkan itu pada seminar industri
pelancongan mengenai bagaimana untuk menarik lebih ramai pelancong Arab
ke Indonesia. Tidak jelas sama ada beliau bergurau meskipun kenyataannya
itu menyebabkan hadirin tertawa.
Jusuf berkata, ramai pelancong Arab kini melancong ke bandar peranginan
tanah tinggi Puncak dekat Jakarta kerana di situ ada khidmat menawarkan
kontrak perkahwinan jangka pendek dengan wanita tempatan.
Kita memerlukan kempen pemasaran yang berbeza dan lebih mengkhusus.
Ketika ini ramai pelancong Arab pergi ke Puncak. Jika mereka ke sana
untuk mencari janda, ia bukan masalah kita. Perkara itu bukan masalah.
Bagaimana jika apabila lelaki itu pulang dan wanita itu memperoleh
sebuah rumah kecil. Bukankah ia suatu perkara yang baik, katanya.
Aktivis wanita pula menegaskan, perkahwinan seperti itu adalah seumpama
menghalalkan pelacuran dan menggalakkan keluarga miskin menjual anak
mereka untuk tujuan seks.
Perkahwinan untuk mendapatkan bayaran seperti itu juga tidak diiktiraf
oleh undang-undang tetapi direstui oleh segelintir ulama.
Laporan media menyatakan, amalan itu sudah menjadi kelaziman di
Indonesia dan kebanyakan daripada pengantin lelaki adalah penduduk
tempatan.
Puncak terkenal dengan kegiatan pelacuran dan ada papan tanda dalam
bahasa Arab di beberapa restoran dan hotel bagi menarik lebih ramai
pelancong Arab.
Bagaimanapun, tidak jelas sama ada kenyataan Jusuf Kalla itu hanya
merujuk kepada lelaki Arab yang gemarkan perkahwinan singkat.
Naib Presiden Indonesia itu tidak dapat dihubungi semalam untuk mengulas
lanjut. Beliau juga tidak mempunyai jurucakap. AP
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar